Bismillah Wal Hamdulillah.
Subhanallah. Maha suci Allah yang Maha Mengetahui hati-hati manusia.
Tika merasa diri diterima oleh manusia, Allah menguji. Allah menyedarkanku, bermuamalah dengan manusia bukanlah urusan yang mudah. Bukan perkara yang boleh dipandang ringan.
Allah mengingatkan, hati manusia itu DIA yang pegang. Biar sebaik mana kita pelihara, Allah jua yang menggerakkannya.
Allah memberi rasa peritnya perpisahan buat hati yang sudah lama bersahabat. Mungkin kerana hadirnya pertemuan dulu tidakku syukuri. Baru terasa peritnya jiwa tatkala nikmat ukhuwwah itu ditarik semula.
Allah juga memberitahu bahawa usah meratap terlalu lama pada mereka yang pergi meninggalkan diri, kerana masih ramai yang perlu dirai.
Allah, tetapkan kami dalam agamaMu, Lembutkan hatiku dan hati sahabat-sahabatku dalam menerima teguran dan peringatan dariMu.
Allah Ya Rahman, terus sedarkan daku. Terus ingatkan daku. Agar aku tidak leka dan selesa dalam kesenangan yang bisa menyesatkan.
Maafkan aku Ya Ghaffur kerana banyak mengkufuri nikmat yang Kau sediakn untukku. Astaghfirullahal-'azim. Ampunkanlahkan dosa-dosaku.
No comments:
Post a Comment