Bismillah.
"Apa ciri-ciri suami pilihan Israk?" Fathonah bertanya dengan bibir melebar sambil menayang giginya.
"Tak tahu." Jawab Israk pendek. Tangannya ligat menulis.
"Ala.. Sekurang-kurangnya ciri paling klise orang jawab mesti 'yang penting agamanya'. Ini tak tahu. Apalah Israk ni.." Fathonah ketawa kecil. Israk hanya tersenyum memandang gelagat temannya. Kejap. Kemudian, tangannya kembali menyambung kerja.
"Fathonah.. Antara ramai-ramai serikandi Islam yang Fath tahu, yang mana Fath paling minat? Kira admirer sangat dengan jasa dan sejarah yang diukirkan." Israk tiba-tiba bertanya.
Fathonah berfikir sebentar.
"Fath suka dengan peribadi ummul mukminin Sayyidatina Khadijah. Sebabnya dia yang paling hampir dengan Nabi masa awal-awal kenabian dan kerasulan baginda. Orang selalu kata, disebalik seorang lelaki yang hebat berdirinya seorang wanita. Kasihnya Nabi kepada Sayyidatina Khadijah sehingga pernah menimbulkan rasa cemburu kepada Sayyidatina Aisyah. Hebatkan." Fathonah senyum memandang wajah sahabatnya Israk. Israk pula mendengar penuh minat. Sudah berhenti menulis.
"Lagipun, Fath suka bisnes. Minat berniaga. Nak jadi usahawanita berjaya! Jadi, Sayyidatina Khadijah adalah inspirasi Fath. Apapun, Fath sangat kagum dengan Sayyidatina Aisyah kerana ilmunya.. Dia jadi tempat rujukan ilmu. semua serikandi Islam hebat-hebat lah. Tapi Israk tanya paling admirer, Sayyidatina Khadijahlah orangnya." Fathonah menala pandangan kedepan. Berfikir sesuatu barangkali.
Israk mengangguk tanda faham. "Wanita-wanita syurga." Israk menutur perlahan.
"Israk pula bagaimana?" Soalan dipulangkan semula kepada Israk.
Pen ditangan diletak atas kepingan-kepingan kertas putih diatas meja.
Israk bangun lalu berjalan menuju rak bukunya yang sentiasa bertambah dengan buku-buku baru. Bukan lagi ulat buku tapi hantu buku. Dicapai sebuah buku bersaiz sederhana.
Israk duduk semula ditempat tadi. Buku disua kepada Fathonah.
"Rabi'atul Adawiyah" Israk menyebut dan tersenyum penuh makna.
Fathonoh membelek-belek buku tersebut. Siapa tak kenal. Wali Allah.
"Itu juga jawapan kenapa Israk tak tahu apa ciri-ciri suami idaman Israk." Tambahnya lagi. Senyuman makin kembang. Bahagia dirasakan.
Fathonah serta-merta memandang wajah sahabatnya. Lama. Banyak persoalan muncul mendadak.
*Bersambung (mungkin)..
No comments:
Post a Comment