Bismillah wal Hamdulillah.
Hafizah.. Mana janji kamu nak buat satu entry satu hari?
Kalau dengan diri sendiri pun mungkir janji, macam mana dengan orang lain?
Ok cukup membebel.
Pernah dengar tak, lembu diikat pada talinya, manusia diikat dengan janjinya. (au kama qal).
Kalau tak pernah dengar, pergi cari cikgu BM minta ampun dan redha ilmunya.
Dalam kelas duk tidur saja ka.
Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, APABILA BERJANJI DIA MUNGKIRI dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas [Hadith Sahih Riwayat Muslim]
Munafiq, hipokrit, talam dua muka semua tu adik-beradik sepupu-sepapat.
Betapa buruknya mungkir janji hingga Allah samakan dengan munafiq! Tetapi manusia ramai yang lupa. Berjanji macam-macam, akhirnya terkubur macam tu saja.
Kalau lelaki, orang selalu kata bermulut manis.
"Lautan api sanggup kurenangi.." Heh. Padahal mandi swimming pool pun boleh lemas.
"Puncak everest sanggup kudaki.." Heh. Naik tangga 5 tingkat pun sesak nafas.
Sudah-sudahlah tu. Fikir dulu sebelum nak keluarkan kata. Nak berjanji pun ikut kemampuan. Dan lagi satu, biasakan sebut 'InsyaAllah..'.
Walau macam mana yakin pun, dengan izin Allah jua kita dapat laksanakan janji tu.
Perasan tak, zaman sekarang ni orang selalu salah guna perkataan 'insyaAllah'. Contoh bila ada undangan majlis. Kalau jawab 'ya, saya mesti pergi' tu tandanya memang bersungguh nak pergi. Tapi kalau jawab 'insyaAllah' tandanya tak boleh pergi.
Tak perasan? Ouh perasaan saya je kot. ^_^
Berbalik pada janji.
Kenapa agaknya menunaikan janji tu sangat-sangat dituntut?
Bagi saya sendiri, kerana janji tu melibatkan orang lain. Dan, bila ia melibatkan orang ia akan melibatkan perasaan.
Tanya diri sendiri je. Kalau orang mungkir janji, apa perasaan? Sedih, kecewa, geram, marah dll. Betul? Mesti ada walaupun sikit rasa terkilan kan.
Jadi, janganlah mainkan perasaan orang.
Jangan berjanji kalau tak mampu nak penuhi.
Ingat, orang lain mungkin terpaksa korbankan macam-macam untuk penuhi janjinya. Tetapi, kamu sendiri sambil lewa. Kamu jadikan dirinya sebagai korban!
P/s: Adik saya (umur 3 tahun) cabut huruf 'z' kat keyboard. Sebelum ni button 'backspace' dikorek. Siap jaja cerita dia cabut huruf tu. Sabaaaaaaaar je la! Nak marah, sia-sia je. Nasib huruf 'z', kalau huruf 'a' misalnya? Mau haruuuuu.
No comments:
Post a Comment