Sunday, January 17, 2010

Antara kebebasan dan mujahadah

sedikit perkongsian yg mcm menarik..

Pemakaian burqa – Sarkozy mahu tunggu undian Parlimen
Sarkozy dilihat berhati
-hati dan neutral dalam
isu pemakaian Burqa di
Perancis



PARIS – Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, semalam berkata, beliau berharap agar satu sesi undian akan diadakan di Parlimen berhubung isu mengharamkan pakaian menutup muka sepenuhnya, iaitu burqa atau niqab, di tempat awam.

Menurutnya, beliau akan menunggu kesimpulan saranan Suruhanjaya Parlimen untuk mengharamkan burqa, yang dipakai sebahagian kecil wanita Islam di negara ini.

“Harus ada satu penyelesaian yang membolehkan kita meraih seberapa banyak sokongan atau bantahan yang mungkin, saya fikir adalah baik untuk semua pihak menunggu hasil rundingan sebelum memutuskan perkara ini,” kata beliau.

Sarkozy bagaimanapun sebelum itu menyatakan bahawa pakaian menutup muka sepenuhnya `tidak dialukan di Perancis`.

Dilaporkan, hanya terdapat beberapa ratus wanita di Perancis dipercayai memakai burqa yang menutupi muka mereka sepenuhnya, tetapi kemungkinan pengharaman itu dilaksana telah menjadi topik perdebatan awam selama selain mengakibatkan perbalahan dalam kerajaan Sarkozy.

gQ taqulu: Begitu besar ketabahan muslim dan muslimah di negara lain untuk mempertahankan Islam. Tak macam di Malaysia, mudah mengamalkan cara hidup sebagai seorang Islam. Tapi tak ramai yang betul-betul menggunakan kebebasan yang diberikan. Masih memilih gaya hidup barat dan yahudi yang dianggap unggul dan trendy. Disaat sudara kita seperti asy-syahidah Marwa ash-sharbini yang ditembak beberapa kali kerana mempertahankan jilbab/tudung yg dipakai, ada wanita yang merelakan anggota tubuhnya ditembak oleh mata-mata keranjang sang lelaki. Bila dirogol dan dibunuh, salahkan lelaki. Mati dengan cara memalukan. Nauzubillah. syahidahkah? Allahu ta'ala a'lam..

sekadar peringatan buat empunya jejari yg menaip juga buat muslimat wa akhawat yg amat disayangi..^_^

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails