Thursday, January 14, 2010

ketenangan itu milik hati yg mengingati Allah

Renungkan sejenak....
"Ketahuilah,dengan mengingati Allah itu,hati akan menjadi tenang...."

Mengingati Allah ada banyak cara. Yakin dengan hati,melafazkan melalui lidah seterusnya membuktikan melalui amal perbuatan.....

Yakin dengan hati maksudnya hati kita sentiasa berzikir pada Allah, sentiasa mengingati Allah.Dengan ini,kita akan sentiasa merasa betapa kerdil dan lemahnya kita sebagai hamba.Tapi dengan syarat,zikrUllah kita itu benar2 kerana ingin mendapat rahmat Allah serta belas kasihan dariNya.Bukan kerana ingin mendapat sanjungan serta pujian duniawi.

Apabila hati tidak lekang dari mengingati Allah,maka kita akan menjaga segala aspek termasuklah fikiran,perbuatan dan sebagainya agar tidak lari daripada landasan yang telah ditetapkan olehNya iaitu agama Islam.InsyaAllah.

Ana nak berkongsi sedikit kata2 hikmah yang ana dapat suatu masa dahulu...
"Bila hati selalu resah, Tanda diri telah dibelenggu oleh dosa, Bila solat tidak khusyuk, Tanda hati telah terpaut pada dunia...."

Wallahu'alam.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT,dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri.




Doa untuk ketetapan hati dan Rahmat "Wahai Tuhan Pemelihara kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau tunjuki kami dan berikanlah kami rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." (Surah Ali Imran:8)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails