Friday, January 29, 2010

Insaflah wahai pelontar kepala babi

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Ketua Penerangan PAS Pusat,Idris Ahmad menyeru individu atau kumpulan yang terlibat dalam insiden melempar kepala babi ke dalam perkarangan dua masjid di sekitar Jalan Klang lama Selasa lalu agar segera bertaubat dan menginsafi perbuatan terkutuk itu.

Idris berkata, perbuatan mencemarkan rumah ibadat itu jelas bertujuan provokatif bagi mewujudkan suasana tegang di antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Saya minta kalaulah orang yang buat perkara ini orang Islam, dia harus segera bertaubat kepada Allah S.W.T kerana adalah satu dosa mencemarkan rumah ibadat apatah lagi rumah Allah ini.

"Kalau yang buat ini orang bukan Islam, saya harap dia tidak lagi mengulangi perbuatan ini kerana ia sangat sensitif kepada semua pengganut apa-apa agama di negara kita,"katanya ketika ditemui sewaktu melawat tempat kepala babi itu dilontarkan di Masjid Al-Imam Al-Tarmizi, Taman Sentosa semalam.

Kejadian sama turut berlaku di Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya kira-kira tiga kilometer dari Taman Sentosa.

Idris juga berharap agar penduduk di kawasan sekitar bertenang dan tidak terpengaruh dengan mana-mana provokasi sementara menunggu siasatan polis berhubung perkara itu.

"Saya harapkan supaya semua penduduk di kawasan ini bertenang dan tidak melayan sebarang bentuk provokasi yang sengaja ditimbulkan untuk mewujudkan ketidakstabilan di Selangor ini.

"Saya juga ucapkan terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS dan pimpinan masjid yang tidak emosi dalam menangani perkara ini.Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran yang bermakna kepada kita pada masa akan datang,"Katanya.


















gQ: pelik betul dgn orang sekarang nie. Habis kepala babi dijadikan mangsa. Nampak sangat la gaya si pengecut. Dah takde cara lain nak puaskan hati. Dasar kurang ilmu!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails