Thursday, January 14, 2010

hidup tidak selalunya indah!!

bismillah ar-Rahman ar-Raheem..

CAUTION CAUTION!! INTIBAH INTIBAH!! this is a longeestt entry!!

setelah beberapa minggu sibuk sibuk sibuk dengan macam2 keje, assignment, quizzes dan lain-lain yg sewaktu dengannya. Hari nie dapatlah melepaskan 'sedikit' lelah sbb banyak lagi yg belum siap. badan pun dah sakit-sakit, aduh dah macam org tua. Terdetik pulak nak menghiasi lagi blog nie dgn bahasa-bahasa indahku. koya mu.

Biarpun ada yg kata, tak suka baca cerita-cerita pasal diri sendiri kat blog. aku peduli apa!! huhu. siapa2 yang rasa nak baca,silalah. kalau rasa menyampah nak baca, 'close' je la tab nih.

Sepanjang tempoh genting tue, beberapa ujian kecil menimpa diri nie. Walaupun kecil, terasa berat bahu nie memikul. Mula-mula ujian hati, tak perlu la cerita kat sini. secreto de amor. Alhamdulillah, atas nasihat sahabat2 dan kekuatan yang Allah beri, akhirnya masalah diatasi dengan mudah. Hati rasa lebih tenang dan damai. kemudian berlakulah proses penyentalan hati yg berlumut dan berdaki. Allah beri kemudahan.

robbi yassir wa la tu'assir rabbi tammim bilkhair

Kemudian, ujian laptop. Malam yg dingin menjadi saksi. Screen laptop rosak, tak tau sebab apa. boleh on laptop tapi x nampak satu huruf pon. Ya Allah time tue cepat2 istighfar, mungkin laptop nie main2 je kot. Tp tuela hakikatnya. Ikut hati nak jerit kuat-kuat bagitau semua org, nak nangis semahunya. asignmentsss. dokumen2 penting. semua kena settle kan secepat mungkin. Tapi cara tue tak dapat selesaikan masalah. sikit pon tak. camne nak bagitau abi nie?! Laptop pon agak baru, beli pas raye. Alhamdulillah, sekali lagi Allah jadikan sahabt2 untuk membantu. pegi CC transfer data2 penting dalam thumbdrive. buat masa nie, tak boleh la guna laptop. Nak kena pegi lowyatt gune warranty. terima kasih Lin, Naeemah bagi pinjam laptop. Jasa kalian sgt2 dikenang.

then, timbul lak masalah bilik. sebelum nie hidup rukun damai, tiba-tiba wujud rekahan yg mungkin agak bahaya kalau tak ditangani awal2. Maybe emosi masing-masing terganggu dengan saat2 akhir di cfs nie, terserlah segala yg terpendam. Yang baran, dengan barannya. Yang garang, dengan garangnya. Yang keras, dengan kerasnya. Yang ego, dengan egonya. Ingat boleh selesai cepat, rupa-rupanya berlarutan. proses untuk menjernihkan keladak yang keruh rupanya memakan masa. lama sangat terkumpul. Macam air dalam kolah/kolam. Kalau lama sangat biar air tue tenang sampai berkeladak, bila sentuh sikit air dalam tue habis naik semua kotoran. Bukan sekelip mata kotoran tue akan mendap balik kan. Dan kalau boleh tak nak la sekadar mendap, nanti kalau terkocak lagi makin keruh la. Jadi kami sama-sama berusaha membersihkannya sampai jernih sejernih jernihnya. Yang pentingnya kerjasama semua. Kalau sorang tak nak turut bergotong-royong membuang keladak yg ada, kebarangkalian untuk beberapa serpihan keladak tertinggal amat tinggi. Ya Latif tuhan yg bersifat lemah lembut, lembutkanlah hati kami semua. Ukhwah yg terjalin sekian lama ibarat kerdipan mata nie Kau peliharalah.

Yg latest, motorsikal adikku yg baru beli dgn duit abi 3 minggu lalu dicuri oleh tangan-tangan dzalim. Perkara yg ditakuti berlaku juga. Semua dgn izin-Mu Ya Allah. dgn nombor pendaftaran BKP, bnyak mata yg aim je kenderaan beroda dua tue. Mungkin aku tak la sesedih si empunya motor, tapi aku sangat bersimpati dengan apa yg berlaku. Dan tujuan sebenar kepulanganku untuk berterus terang tentang kejadiaan yg menimpa laptopku tergendala. Keberanian mula susut. Aku perlu mengumpul semula kekuatan kerana aku sangat memerlukan khidmat laptopku. Ya Allah Ya qowiy yg bersifat Maha Kuat, berilah aku kekuatan menghadapi semua ini.

Itulah serba-sedikit liku-liku hidupku. Ujian-ujian kecil yg Allah timpakan. Bukanlah untuk meminta simpati. Jauh sekali untuk membanggakan diri. Anggaplah ianya sekadar perkongsian cerita dari seorang manusia yg lemah. Agar kita sentiasa bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan dari sebesar-besar nikmat iaitu nikmat Iman dan Islam hingga sekecil-kecil nikmat yg tak ramai menyedarinya iaitu nikmat menghembuskan nafas. Semoga kita semua tergolong dalam hamba-Nya yg bersyukur.

“iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157)

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails