Alhamdulillah, Pilihan Raya Kampus(PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sudahpun melabuhkan tirainya dengan kemenangan berpihak kepada kumpulan Pro-Mahasiswa. Tahniah saya ucapkan kepada mereka. Ini adalah kali pertama saya merasai suasana PRK di UIAM. Cuma apa yang sedikit menyedihkan saya adalah PRK di UIAM hanyalah seperti pilihan raya untuk memilih calon MPP di sekolah menengah sahaja bagi saya (maafkan saya). “Tak rasa macam pilihan raya pun”, komen salah seorang daripada sahabat saya. Memang benar katanya. Saya terpaksa mengakui bahawa bahang PRK kurang dirasai, malahan hampir tidak dirasai. “PRK? Apa tu?”, “PRK? Bila?”. Dialog-dialog begini masih lagi wujud di kalangan mahasiswa, membuktikan bahawa apa yang sahabat saya utarakan itu adalah tepat. Suasana kempen di UIAM sungguh sepi. Kalau ada pun cuma banner-banner calon yang ‘umpama malukut di tepi gantang’ sahaja. Ada, tapi seolah-olah tiada. Mujurlah ada juga group-group kempen tertentu yang turut bergerak di kuliyyah-kuliyyah. Kalau tidak, saya rasa student UIA tidak akan sedar bahawa tarikh PRK sudah berlalu. Bukanlah saya mengharapkan berlakunya konfrantasi yang melampau di Taman Budi dan Ilmu ini, tetapi bagi saya, calon-calon yang bertanding walau dari kumpulan mana sekalipun, mereka membawa agenda dan idealisme masing-masing. Seharusnya masing-masing berjuang habis-habisan untuk memastikan mahasiswa UIAM faham dan jelas dengan apa yang ingin dibawa dan seterusnya menobatkan mereka sebagai wakil kepimpinan mahasiswa. Akan tetapi, melalui pemerhatian saya penggerak-penggerak Pro-Aspirasi seolah-olah seperti siput keletihan, manakala Pro-Mahasiwa pula kelihatan terlalu selesa, terperangkap dalam dunia complaisant mereka, tidak ubah seperti kura-kura dalam cengkerang. Mungkin kerana acap kali menang dalam PRK adalah puncanya (Ini cuma pandangan melalui pemerhatian saya. Boleh jadi salah dan boleh jadi benar)
gQ: bila difahami maksud saudara penulis nie, ada relevannya harapan agar pro-M kalah pd tahun nie. Fitrah manusia, bila terlalu lama berada di atas segalanya terasa selesa. Tapi bila sesekali kita jatuh, semangat untuk berdiri semula melonjak. Dan dari situ kita dapat menilai kesilapan-kesilapan dalam menapak. Mungkin terlalu yakin sehingga tidak langsung tunduk melihat bawah. Apapun, tahniah buat pro-M, semoga kejayaan yang dicapai kali ini mampu membawa mahasiswa terutamanya kearah yang lebih proaktif, kreatif dan berpegang teguh dgn Islam. Gerak kerja yg dilakukan biarlah selaras dgn misi,visi dan matlamat yg ingin dicapai. Harapan besar agar pihak pro-M tidak lah begitu merasa selesa dgn kedudukan skrg.. Pihak yg menentang boleh lakukan apa saja di luar jangkaan.
No comments:
Post a Comment