rujuk: Metro Khamis, 21 JAN 2010.
Apa yg hendak diutarakan disini bukanlah persoalan siapakah pasangan tersebut? Dimanakah kolej mereka? Tetapi ada persoalan besar yg perlu diteliti. Mengapkah ada golongan pelajar pengajian agama yg melakukan perkara-perkara yg sebegini. Sedangkan mereka seharusnya lebih tahu tentang hukum-hakam yg termaktub dalam undang-undang Islam. Ia bukanlah persoalan rumit sehingga timbul khilaf pada pendapat ulama', ia adalah hukum yg jelas tertulis di dalam al-Qur'an : ( Dan janganlah kamu menghampiri zinasesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.(al-Isra’:32) ). Mengapa Allah gunakan kalimah 'jangan hampiri' bukan 'jangan lakukan' zina? Kerana Allah Tuhan yg menciptakan seluruh alam ini Maha Tahu setiap kemahuan makhluknya. Dengan menghampiri perbuatan-perbuatan yang ringan-ringan itulah akan membawa pasangan tersebut kearah yang lebih merbahaya. Bermula dari perkenalan yg 'luar biasa' kemudian 'ikatan' janji setia yg dilafazkan tanpa matlamat yg jelas dan seterusnya 'kata-kata cinta' yg bisa membuatkan pasangan itu terus jauh terbang bersama impian-impian palsu yg dicipta sendiri. Maka, timbullah perasaan kasih yang berlebihan di saluti nafsu remaja yang dikawal syaitan. Terhijab segala ilmu yg dipelajari. Terlupa semua dosa-dosa yang bakal diperolehi kerana terbuai dengan keasyikan dan pujuk rayu kekasih yg tak pasti.
Sahabat syabab dan fatayat...sedarlah sebelum terlambat. Allah merindui kalam-kalam rindumu. Allah menanti taubatmu. Jangan takut untuk melepaskan sayang yg bukan milikmu. Kejarlah, intailah, capailah cinta Ilahi, kelak Dia akan memberimu pasangan yg akan mendampingimu, mengasihimu di dunia dan diakhirat. Dan yang akan bersamamu terus mendamba kasih kpd yg lebih hak, Allah robbul'alamin. Bersama berjuang dengan ikatan yg halal.
gQ: ikhlas dari hati yg juga masih belum sepenuhnya bersih dari kotoran cinta tipudaya. cinta dunia. cinta harta.
تبْنا إلى الله ورجَعْنَا إلى الله وندِمْنَا علَى ما فعَلْنا
No comments:
Post a Comment