Monday, June 21, 2010

Kementerian Mungkin Mansuh UPSR dan PMR

Bismillah wal Hamdulillah. Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian

kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memberitahu demikian ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pagoh di Muar hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, periksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh
dunia," katanya.

Sumber: MalaysiaKini


Ada baiknya pemansuhan UPSR dan PMR. Tapi seperti yang disebut kat atas, mansuhkan sebagai peperiksaan awam. Di peringkat sekolah masih diwujudkan. Dan pendapat peribadi saya, bukankah lebih elok SPM diawalkan memandangkan budak-budak dan remaja sekarang boleh dikatakan cepat belajar dan bijak. (emm,yeke?). Yela kan. Cuba tengok ada yang umur 9 tahun dah boleh melahirkan bayi. Sekolah rendah dah pandai merempit. Sekolah menengah dah sibuk bercinta nak kahwin. Dengan pemikiran mereka yang cepat berkembang, tiada salahnya jika pembelajaran mereka juga diubah selaras dengan pemikiran mereka.

Cuba tengok perenggan akhir artikel diatas. Kebanyakan IPT kekurangan pelajar lelaki. Ke mana perginya? Bukan di Malaysia je malah di dunia pperempuan yang ramai masuk universiti. Tapi sebenarnya lelaki lagi bijak (Nie pernah dengar tapi tak pasti la).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails