Monday, June 14, 2010

Rokok tak kenal usia


Bismillah wal Hamdulillah.


Kali ni saya agak terkejut dengan berita yang dilaporkan dari Indonesia bahawa seorang budak berumur 2 tahun isap sebanyak 40 batang rokok sehari.....perghhhhhh dalam hati saya *budak ni memang teror kerana aku pun tak dapat hisap rokok banyak macam tu*(erk...aku hisap rokok ke?)




Ardi Rizal yang baru berusia 2 tahun telah mula merokok pada usia 18 bulan....hmmmmm just wondering cmner die bole hisap rokok dalam usia ni kalau tkder orang yang bagi isap.....Ardi yang diletakkan di bawah jagaan pihak Suruhanjaya Penjagaan Kanak-kanak Indonesia sedang menjalani rawatan psikologi. Mereka sedang berusaha mengurangkan jumlah rokok yang diisap daripada 40 batang kepada 20 batang sehari.

Menurut Arsit Merdeka Sirait yang mewakili Suruhanjaya Penjagaan Kanak-Kanak, mereka berusaha membuatkan Ardi sentiasa sibuk dengan aktivit belajar, bermain dan menjalani terapi bagi membantu beliau ketagih rokok.

p/s: Hmm..zaman sekarang nie perkara yang kadang-kadang tak pernak terfikir kat akal pun boleh berlaku. Bila kurangnya didikan dan perhatian dari ibu bapa, anak-anak makin rosak. Siapa yang kita nak harapkan memimpin masyarakat akan datang? Kalau bakal pemimpin pun dah dijangkiti masalah akhlak dan moral yang makin teruk. Astaghfirullah.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَ ذُرِّيَّتِنَا قُرَّةُ أَعْيُنْ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ اِمَامًا

“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.”

** Untuk video boleh check kat youtube**

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails